Kelas ini membina asas kefahaman mengenai falsafah dan
prinsip utama ekonomi Islam. Peserta akan dapat membezakan antara sistem ekonomi
konvensional dan Islam serta bagaimana nilai-nilai Syariah seperti keadilan,
keseimbangan, dan ketauhidan membentuk aktiviti muamalah. Topik ini juga akan
membincangkan matlamat utama ekonomi Islam dalam mencapai Al-Falah
(kejayaan di dunia dan akhirat).